www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, April 25, 2012

kisah guru dan anak murid

0 comments
satu perbualan antara guru dan anak muridnya..

guru : Apakah yang paling dekat dalam dunia ini?
murid : Ibu bapa, guru, sahabat.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling dekat dalam dunia ini ialah mati.

guru : Apakah yang paling jauh dalam dunia ini?
murid : negara China, angkasa lepas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling jauh dalam dunia ini ialah masa lalu.


guru : Apakah yang paling besar dalam dunia ini?
murid : Gunung, pokok.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah nasfu kita.

guru : Apakah yang paling berat dalam dunia ini?
murid : Besi dan gajah.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

guru : Apakah yang paling ringan dalam dunia ini?
murid : Kapas, kertas.
guru : Benar, semua itu betul tetapi yang paling ringan ialah meninggalkan solat.

guru : Apakah yang paling tajam dalam dunia ini?
murid : Pedang, pisau.
guru : Benar, semua itu juga betul tetapi yang paling tajam ialah lidah kita.

Melalui perbualan ini terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan, semoga kita menginsafi diri kita.. siapa guru tu sebenarnya? tau? Nama guru tersebut ialah Imam Al-Ghazali. :)


sumber : http://akupahitmanis.blogspot.com

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: