www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, June 15, 2012

F3Chp6.1 - Minerals in Earth’s Crust – Part 1

0 comments
Salam buat semua,

(SILA LIHAT RALAT DLM RUANGAN KOMEN. walaubagaimanapun, ralat ini telah dibetulkan dlm teks di bawah. cuma, catatan dlm ruangan komen itu adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenainya)
Pada asalnya, cikgu nak buat posting untuk tajuk Reproduction (tajuk paling cikgu suke, hheh…). Tetapi, cikgu tertarik pula nak bincangkan Chapter 6 ni apabila mengenang persoalan dari salah seorang pengunjung blog cikgu, Rizal (boleh tengok kat chatbox) baru-baru ini. Soalannya simple sahaja iaitu:
“…sy ade 1 soalan tau cikgu.food yg kite ambik hari2 kn contains iron,potassium etc(mineral),xkn wujud metal dlm body kite.xtau logik ke x soalan ni…”
Jangankan dia seorang sahaja memikirkan persoalan ini. Malah, sebelum ini juga, cikgu pernah ditanya tentang persoalan yang sama oleh anak murid sendiri. So?... apa jawapan cikgu? Hheh… lagi simple dari tu:
“… memang pon! kita sume makan metal. Bahkan hari-hari kita makan metal. Hahahaha… So, dalam badan kita pun dah ada banyak metal. Malah, darah kita juga penuh dengan metal”.
Bila disebut “metal” atau “logam” (bm), sudah tentu anda membayangkan logam-logam yang biasa anda nampak di persekitaran. Betul tak? So, bila saya nyatakan bahawa: “hari-hari kita makan metal”, janganlah anda bayangkan anda sedang mengigit logam besi. (kalau ikut imaginasi cikgu… cikgu dok bayangkan tengah makan pembaris besi atau mane2 tiang besi… hahaha… ish… ke situ pulak pikirnyer… ).

Sebenarnya, makanan yang kita makan itu memang mengandungi element metal. Namun, metal itu wujud secara compound. Oleh itu, sifat asal kelogamannya bagaikan hilang begitu sahaja. Contohnya, garam yang hari-hari kita tambah dalam masakan, ia terbina daripada gabungan logam sodium dengan unsur bukan logam iaitu chlorine. Jika dilihat dari sifat asalnya, sodium adalah logam kelabu keputih-putihan. Manakala, chlorine adalah dalam bentuk gas yang bersifat irritent. Apabila kedua-duanya bergabung menjadi compound of sodium chloride (garam biasa), ianya sudah boleh dimakan secara selamat.

Semua metal yang anda bayangkan sebelum ini, (mungkin) dalam bentuk tulen. Iaitu, di dalamnya ada semata-mata logam berkenaan sahaja. Sebagai contoh, apabila disebut BESI, kita mungkin terfikirkan pembaris besi, mata pisau atau benda-benda yang diperbuat daripada besi. Bila disebut COPPER (logam kuprum – bm), kita mengenangkan metal yang berwarna merah dalam duit syiling 1 sen atau metal merah yang terdapat dalam sesetengah wayar elektrik (jika diperhatikan, terdapat 2 jenis warna wayar elektrik. Satu kelabu dan satu lagi merah. Yang berwarna merah itu adalah copper).
Bagaimana kita boleh dapat logam-logam seperti ini? Adakah jika kita korek tanah (melombong – dalam bahasa formalnya), kita akan dapat betul-betul serupa seperti logam-logam yang saya nyatakan di atas?.......
Sebenarnya TIDAK. Dan kebanyakkannya juga TIDAK!!...
Kebanyakan logam-logam yang biasa kita jumpa di sekeliling kita ini datangnya daripada METAL ORE (BIJIH LOGAM). Maksudnya… metal yang pada asalnya telah bergabung dengan unsur lain dan terbentuk sejak mula terbentuknya bumi ini. Malah, sejak terbentuknya alam ini juga. Dengan kata lain, ia juga sebahagian daripada natural compound.
Ingat ya!, gabungan element dengan element yang lain juga dikenali sebagai compound. Dengan itu, mana-mana bahan yang mengandungi gabungan dengan logam akan dipanggil metal compound. Oleh itu, metal ore juga sejenis metal compound.

“Metal ore is metal compound. Metal compound is NOT a metal ore”

Sape yang faham maksudnya, boleh nyatakan di dalam ruangan komen, ok!
Contoh yang paling dekat dengan kita (secara sejarahnya) adalah BIJIH TIMAH. Fikirkan…….
Kenapa kita mesti sebut “bijih” di hadapan perkataan timah? Kenapa tidak disebut timah sahaja?...
Sebenarnya, bijih dimaksudkan sebagai batuan atau tanah yang mengandungi logam. Apabila bijih ini diproses, barula kita dapat logam yang kita kehendaki. Contohnya, negara kita ini secara sejarahnya banyak bijih timah. Setelah dilombong, ia akan dicuci dan diproses dalam kebuk pengekstrakan untuk mengasingkan logam tadi dengan element lain yang berpadu dengannya. Dah siap nanti, logam ini biasanya akan dibentuk menjadi “jongkong” timah. Barulah ianya boleh dihantar ke kilang-kilang untuk membentuknya menjadi bahan lain seperti tin makanan, peralatan memasak dan sebagainya. Secara ringkasnya, kebanyakan logam yang kita temui sekarang bukanlah wujud dalam bentuk asal seperti semasa ianya dilombong.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa logam yang boleh ditemui dalam keadaan asli tanpa perlu diekstrak sebelum digunakan. Contoh-contoh logam tulen dan asli dari perut bumi ini ialah EMAS, platinum, silver, mercury and arsenic. Oleh kerana ia wujud dalam kerak bumi tanpa bergabung dengan mana-mana element lain, ia digolongkan sebagai natural element.
Sebagai ringkasan dari semua penerangan tadi, pengelasan metal boleh dilihat dalam carta di bawah. So, bijih timah boleh la dikelaskan dalam kumpulan mineral compound (mineral = sebab diperoleh dari bumi; compound = sebab mengandungi gabungan lebih daripada 1 element).

(Klik pada gambarajah untuk membesarkannya.)

Sekarang, diharap anda semua sudah faham istilah-istilah berikut:

  • Mineral
  • Natural element
  • Natural compound
  • Metal compound
Kalau tak faham juga, baca sekali lagi teks di atas dan beri penekanan lebih untuk memahamkan keempat-empat perkataan di atas. Atau, jikapun anda tidak dapat menghuraikannya semula dalam bentuk ayat, sekurang-kurangnya, anda dapat membayangkan maksud bagi kesemua perkataan itu (apa yang cikgu maksudkan ialah … ada sesetengah perkara kita faham dalam bentuk gambaran di dalam minda, tetapi, kita tidak mampu menyatakannya semula dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Betul tak? :-D ).
Daripada carta di atas, kita dapat lihat dengan jelas bahawa, minerals yang ada di sekeliling kita ini boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu natural elements and natural compound. Seterusnya, saya akan bincangkan lebih detail tentang dua perkara ini.


Natural Elements

Ok, sekarang barulah tiba masanya untuk anda mengenal “beberapa” contoh metal and non-metal. Sebagaimana yang anda pernah pelajari semasa di tingkatan 1, metal and non-metal adalah dua kategori bagi element.
(Klik pada gambarajah untuk membesarkannya.)

Cuba hafal SEMUA nama-nama element di atas dan kumpulannya. Kalau rasa susah, cuba hafal yang berwarna kuning sahaja. Ini kerana yang berwarna kuning ini adalah element yang biasa dibincangkan dalam subjek sains tingkatan 1 hingga 5.
Jika anda perasan, terdapat dua pembahagian dalam senarai di atas. Elements yang terletak di bahagian bawah adalah elements paling jarang dibincangkan (kecuali bagi pelajar aliran sains tulen). Manakala yang berwarna merah jambu pula, menunjukkan mereka adalah dari kumpulan inert gases. Ingat lagi tak, semasa anda belajar Chapter 5 Form 1, anda telah pelajari bahawa hampir 1% daripada udara persekitaran merupakan inert gases (gas-gas lengai)? Gas-gas ini jarang dibincangkan kerana mereka sangat sukar bertindak balas dengan mana-mana unsur lain. Oleh itu, mereka dilabelkan sebagai nonreactive elements (unsur paling kurang kereaktifannya).


Natural Compounds

Di bahagian ini pula, anda belajar tentang pelbagai contoh natural compound seperti bauxide, haematite, galena, iron pyrite dan sebagainya. Lihat jadual di bawah:
(Klik pada gambarajah untuk membesarkannya.)


Common name ialah nama yang digunakan dalam kehidupan seharian atau semasa proses urusniaga mineral tersebut. Chemical name hanya digunakan dalam kajian sains atau dalam subjek sains sahaja. Walaubagaimanapun, anda mesti mengetahui kedua-dua jenis nama ini.

Mungkin anda terfikir: alamak!... macam mana nak ingat sume nih?... sedihnyer huhu…….
Cikgu sendiri tidak mempunyai petua untuk menghafal semua ini. Mungkin, jika ada antara korang semua yang mempunyai petuanya, bolehla dikongsikan di sini.
Tapi, nasihat cikgu, cuba hafal 2 kolum yang pertama sahaja (Common name and their Chemical name). Ini kerana jenis-jenis element kita boleh dapati dengan hanya melihat kepada chemical name bahan itu. Contohnya:

“Oxide” datang dari perkataan “oxygen”. Ia digunakan apabila oxygen bergabung dengan unsur lain. Begitu juga dengan istilah “carbonate”, ia datang dari perkataan “carbon and oxygen”. Lihat pada contoh di bawah:

Ini bermakna, jika kita tahu chemical name (nama kimia) sesuatu bahan, kita juga akan dengan mudahnya dapat mengetahui elements yang terkandung di dalamnya.
Mungkin, jika anda tidak dapat mengingat semua senarai itu, sekurang-kurangnya anda boleh cuba ingat sebahagian darinya dengan cara membiasakan diri menyebut common name and chemical name bahan-bahan yang ada di sekitar anda. Contohnya:

  • batu kapur disebut “calcite” or “calcium carbonate”. Bila jumpa apa-apa benda yang berasal daripada batu kapur atau batu kapur itu sendiri, biasakan menyebut calcite atau calcium carbonate, bukan menyebut nama sebenarnya
  • karat (rust) disebut sebagai “haematite” or “iron oxide”. Walaupun, karat bukanlah sejenis haematite (sebab dia bukan berasal dari dalam tanah), tetapi ia mengandungi iron oxide. Oleh itu, bolehla kita sekadar mengaitkannya secara tidak langsung dengan tujuan untuk mengingat semata-mata. So, bila jumpa karat, gunakan dua istilah tadi sebagai ganti
  • dalam tingkatan 1, anda belajar tentang perbezaan compound and mixture. Contoh yang biasa digunakan adalah iron and sulphur. Apabila kedua-dua bahan ini dipanaskan, ia akan bertukar menjadi bahan baru yang tiada lagi sifat iron dan sulphur (iaitu tidak lagi boleh ditarik oleh magnet seperti sebelum proses pemanasan atau wujudnya serbuk yang berwarna kuning di dalamnya). Bahan baru ini dikenali sebagai “compound of iron sulphide”. Jika dilihat dalam jadual di atas, iron sulphide juga dikenali sebagai “iron pyride”. Oleh itu, sekarang gunakan kedua-dua istilah apabila bertemu dengan bahan ini
  • apabila anda memegang tin makanan, kaitkan ia dengan “cassiterite” or “tin oxide”. Contohnya, gantikan istilah “tin sardin” dengan perkataan “cassiterite ikan sardin” atau “tin oxide ikan sardin”. Walaupun, tin yang membentuk bekas ikan sardin itu, bukanlah lagi tin oxide (tin oxide adalah bijih tin, kalau nak buat bekas ikan sardin tu, tin oxide perlu diekstrak untuk mendapatkan logam tin sahaja). tetapi, cukuplah ia dikaitkan sekadar untuk memudahkan penghafalan sahaja
  • begitu juga dengan tin minuman, yang semua orang tahu, diperbuat daripada logam aluminium. Oleh itu, selepas ini, gunakan istilah “bauxide” and “aluminium oxide” apabila mahu menyebut tin aluminium minuman bergas

Jika kita membiasakan diri menghafal dengan kaedah analogi di atas, ia akan memudahkan anda menghafal dengan lebih bersahaja dan anda tidak akan rasa tertekan untuk menghafal bulat-bulat seperti dalam jadual yang telah saya tunjukkan sebelum ini. InsyaALLAH, ia akan jadi lebih mudah untuk diingati.


Classification of mineral compounds
(Pengelasan sebatian mineral)

Cuba lihat sekali lagi pada jadual mineral yang saya tunjukkan sebelum ini. Perhatikan pada senarai Chemical name, anda akan dapati semua bahan itu boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan utama, betul tak?...
Masih kurang jelas?... ok, perhatikan perkataan kedua dalam senarai Chemical name itu, bukankah dihujungnya ada perkataan: OXIDE, CARBONATE and SULPHIDE ?? Oleh itu, secara umumnya, mineral compound yang wujud di muka bumi ini boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu:

  1. Metal oxide
  2. Metal carbonate
  3. Metal sulphide

Kenapa ketiga-tiga perkataan ini dimulai dengan “METAL”? … Sebabnya, kebanyakan mineral compound dalam bumi mengandungi unsur metal. Dan dikalangan metal itu pula, sebahagian besarnya bergabung dengan unsur oxygen untuk membentuk metal oxide, bergabung dengan carbon dan oxygen untuk membentuk metal carbonate, dan bergabung dengan sulphur untuk membentuk metal sulphide.
Ringkasannya:

  • Gabungan metal dengan oxygen --> membentuk metal oxide
  • Gabungan metal dengan carbon and oxygen --> metal carbonate
  • Gabungan metal dengan sulphur --> metal sulphide

Sebenarnya, dalam kerak bumi, bukan sekadar ada metal oxide, metal carbonate, and metal sulphide. Cuma, dalam silibus sains ini, kita memberi penekanan kepada tiga kumpulan ini kerana mereka merupakan antara metal compound yang paling banyak. Jika anda menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi (dalam bidang kimia atau geology), anda akan dapati, begitu banyak lagi kumpulan metal compound yang lain yang tidak dipelajari di sekolah.
Masihkah anda ingat senarai metal and non-metal yang saya minta anda hafal sebelum ini? Bila anda sudah faham apa yang dimaksudkan dengan “metal oxide, metal carbonate and metal sulphide”, anda sepatutnya faham bahawa ketiga-tiga istilah itu cumalah nama umum bagi 3 kumpulan metal compound. Dengan itu, anda juga sepatutnya sudah boleh menyenaraikan contoh-contoh lain selain yang saya berikan dalam jadual mineral di atas.
Ok, dengan merujuk carta element, senaraikan kesemua metal oxide yang mungkin. Anda boleh lihat jawapannya selepas gambarfoto di bawah:

Be happy like me!
(ehh… ni happy ke? … meraung???...)




Sila periksa jawapan anda di bawah:
(Klik pada gambarajah untuk membesarkannya.)

Untuk pengetahuan anda, sebahagian daripada metal oxide di atas tidak wujud secara semula jadi, sebaliknya ia dicipta secara makmal untuk kegunaan industri atau sebagai pemangkin bagi suatu tindak balas (pemangkin ialah bahan yang digunakan untuk mempercepatkan proses tindak balas tertentu).
Daripada contoh di atas juga, diharap anda akan faham bahawa senarai carta metal and non-metal sebelum ini juga boleh digunakan untuk menyenaraikan contoh-contoh metal carbonate and metal sulphide. Oleh itu, cuba senaraikan sekurang-kurangnya 5 contoh metal carbonate dan 5 contoh metal sulphide pula.
Iklan sebentar:

Tiga sahabat sehati sejiwa … :-D

Periksa jawapan anda di sini:
(Klik pada gambarajah untuk membesarkannya.)


Sehingga apa yang telah saya pelajari sebelum ini, didapati tidak semua metal boleh membentuk metal carbonate. Tetapi, tak tahulah akan datang macam mana….. mungkin anda salah seorang yang akan menghasilkan metal carbonate yang baru. Mana tahu kan? :-D

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: