www.sagadbl.com

 

Sunday, July 15, 2012

contoh: PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN

0 comments

PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN
Murid                                   : Tingkatan 1.
Tema                                     : Tenaga.
Bidang Pembelajaran    : Sumber Tenaga.
Masa                                :2 Waktu (80minit)
Objektif Pembelajaran  : Sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.
Hasil Pembelajaran        : Murid dapat ;
·         Mendefinisikan tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.
·         Mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.
·         Mencadangkan cara-cara menggunakan tenaga secara cekap.


Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1. Persediaan (15 minit)




Tayangan video “youtube”.
Murid dibahagikan kepada lapan kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan gambar berikut:
...................................................................................................
 
Murid-murid mengenalpasti menamakan sumber-sumber tenaga dalam gambar yang telah diedarkan dalam lampiran 1.
Murid mendefinisikan tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.
Nyatakan definisi tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui
2. Imaginasi (20minit)
Murid menyusun sumber tenaga mengikut keutamaan(paling banyak ke paling kurang digunakan).

Murid memilih sumber tenaga alternatif yang paling sesuai.

Murid menyatakan kebaikan dan kelemahan sumber tenaga yang telah dipilih dalam lampiran 2.
Sumber tenaga alternatif yang manakah paling sesuai digunakan?

Apakah sebab anda memilih yang demikian?
3. Perkembangan (25minit)
Mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui dalam lampiran 3.

Murid mencadangkan cara-cara menggunakan tenaga secara cekap dalam lampiran 4.

Setiap kumpulan menulis dan merangka hasil perbincangan yang diperolehi.

4. Tindakan (20minit)
Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka.

Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.

5. Pentaksiran
Berdasarkan keupayaan murid membentangkan kebaikan dan kelemahan sumber tenaga yang boleh digunakan serta cara-cara menggunakan tenaga secara cekap

6. Nilai dan sikap
Menerapkan sikap kerjasama terutama ketika melakukan perbincangan dalam kumpulan.

Menghargai sumber tenaga dan menyayangi alam sekitar.
Berjimat cermat dalam penggunaan sumber tenaga.

Download dalam versi WORDS

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: