www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, July 14, 2012

tackle soalan: 1. Hipotesis

0 comments
Assalamualaikum,
Bertemu lagi dalam tipz menjawab soalan Cikgu, cikgu akan menunjukkan beberapa siri tips tackle soalan PMR kepada anda. Hipotesis adalah kesimpulan awal yang mesti kita buat sebelum sesuatu eksperimen atau penyiasatan saintifik dibuat. Hipotesis juga merupakan perkaitan antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas. Tapi kadang-kadang pelajar agak blur bila kita menerangkan perkaitan antara 2 pembolehubah ini. So mari kita perhatikan contoh ini. Terdapat satu situasi, seorang pelajar ingin ke tandas. Apakah hipotesis yag boleh kita buat.
Ada 3 kaedah penulisan hipotesis yang biasanya ada dalam skema pemarkahan peperiksaan.
  1. menggunakan ayat jika, maka.
  2. menggunakan ayat semakin, semakin.
  3. membuat perbandingan rajah, jadual atau gambar.
bebalik kepada situasi tadi, pelajar nak ke tandas. Ada beberapa kesimpulan awal yang kita boleh buat untuk situasi ini. Kita boleh gunakan ayat jika, maka. Bagi semakin, semakin saya lebih suka pelajar mennggunakan ayat ini untuk hipotesis yang melibatkan masa. So, apakah kesimpulan kepada situasi tadi. Jika pelajar meminta ke tandas, maka pelajar ini hendak kencing. Mesti diingat hipotesis tidak semestinya terhad untuk satu jawapan sahaja. Hipotesis boleh jadi 2 atau lebih. Sebagai contoh. Jika pelajar meminta ke tandas, maka pelajar hendak buang air besar/ nak bersolek/ nak jumpa kawan.
Begitulah perkaitan mudah tentang hipotesis yang dapat saya buat untuk pelajar cepat faham.
mari kita lihat contoh soalan PMR berkenaan hipotesis ini.










Apakah hipotesis yang boleh anda buat berdasarkan rajah di sebelah?

..........................................................................................................
(1 markah)

Apakah jawapan anda?
terdapat lebih daripada 1 kaedah menjawab soalan begini. Hipotesis pertama kita boleh gunakan ayat jika, maka. 'Jika bekas ditutup dengan plastik tanpa lubang maka belalang akan mati. 'Jika bekas tiada udara maka belalang mati. ataupun nak buat perbandingan pun boleh. Belalang dalam bekas tiada lubang mati manakala belalang dalam bekas ada lubang hidup. Senang sahaja. So banyakkan buat latih tubi soalan-soalan PMR terdahulu agar kita terbiasa jumpa pelbagai soalan hipotesis lain. Jumpa lagi dalam siri 2 Tipz menjawab soalan PMR (membuat pemerhatian)

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: