www.sagadbl.com

 

Saturday, July 14, 2012

Tips Menjawab Soalan PMR

0 comments

Kenapa pelajar selalu tidak dapat menjawab soalan mendefinasi secara operasi dengan tepat?

 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Bertemu lagi dalam tips menjawab soalan sains PMR. Kali ini Cikgu Dan akan menerangkan kepada pelajar bagaimana cara untuk menjawab soalan definasi secara operasi dengan mudah. 

Secara takrifan. Definasi secara operasi ialah memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu.

Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" 

Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. 

Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.

Contoh
Mendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok"
Anda boleh mendefinisinya sebagai .........
1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali. Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili pertumbuhan anak pokok.
atau
2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat pertumbuhan pada anak pokok.
atau
3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur. Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu. Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah.
atau
4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses pertumbuhan.
Dengan kata lain, definasi secara operasi ialah pembolehubah yang bergerakbalas yang boleh diukur.
Jom kita lihat contoh soalan PMR di bawah ini.

Contoh 1 PMR 2009
Candle in container
Lilin dalam bekas
Time to extinguish (s)
Masa untuk padam (s)
K
5
L
8
M

(J) State the operational definition for combustion.
Nyatakan definisi secara operasi untuk pembakaran.
……………………………………………………………………………………… ………….
[1 mark] [1 markah]
Jawapan:
Pembakaran adalah proses yang ditunjukkan oleh masa untuk lilin padam
Masa untuk lilin padam adalah pembolehubah yang bergerakbalas dan boleh di ukur.
Contoh 2 PMR 2006
Diagram 8.2 Rajah 8.2
(e) Based on Diagram 8.2, state the operational definition of frictional force. Berdasarkan Rajah 8.2, definisikan secara operasi daya geseran.
…………………………………………………………………………………………………..
[l mark] [1 markah]
Jawapan:
Daya geseran adalah daya yang ditunjukkan oleh bacaan pada neraca spring apabila bongkah kayu ditarik.
Bacaan pada neraca spring adalah pembolehubah yang bergerakbalas dan boleh diukur.
Contoh 3
Speed of fan
Kelajuan kipas
Position of the air bubble / cm
Kedudukan gelembung udara / cm
1
6.6
2
6.8
3
7.0
4

(vii) Define operationally "the rate of transpiration". Definisikan secara operasi "kadar transpirasi".
…………………………………………………………………………………………………..
[l mark] [1 markah]
Jawapan:
Kadar transpirasi adalah kadar yang ditunjukkan oleh kedudukan gelembung udara pada kelajuan kipas tertentu.

Kedudukan gelembung udara adalah pembolehubah yang bergerakbalas dan boleh diukur.

Di harap dengan beberapa contoh yang cikgu Dan berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu pelajar bagi menjawab soalan PMR nanti.

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: