www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, August 11, 2012

Persediaan mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek

0 comments
Bidang  pembelajaran :  Bentuk dan jenis poligon
Objektif pembelajaran :  Murid – murid dapat membuat keputusan menggunakan bentuk –                                       bentuk poligon untuk membentuk satu mural
Hasil pembelajaran     :  Murid – murid dapat menghasilkan satu mural menggunakan                                              bentuk poligon
Masa                           :  5 waktu ( 1 minggu )
                       
FASA
CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI
1.   Persediaan

Tinjauan berfokus/berstruktur







   Penyoalan


1.    murid membentuk 6  kumpulan ( 5 orang dalam setiap kumpulan)

2.    murid menerima soalan projek daripada guru dan berbincang dalam kumpulan (LAMPIRAN A)

3.    murid mengimbas kembali pengetahuan sedia ada berkaitan dengan bentuk – bentuk poligon.





‘Bentukkan 6 kumpulan dan    
 lantik seorang ketua’.

‘Untuk menceriakan kelas, satu lukisan mural akan dibuat. Kamu dikehendaki merekabentuk satu corak menggunakan bentuk – bentuk poligon yang telah dipelajari.’

‘gabungkan bentuk-bentuk poligon untuk menghasilkan suatu corak yang menarik’.

‘Ini adalah mini projek kamu untuk program keceriaan sekolah kali ini.’

‘Apakah yang perlu diambilkira untuk menghasilkan rekabentuk mural yang menarik dengan menggunakan poligon?’

‘Berapakah bilangan setiap jenis poligon yang akan dipilih untuk menghasilkan corak mural?’






FASA
CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI
2.   Imaginasi

Meneroka
















Merancang





Meramal

1)    murid mengenalpasti bentuk – bentuk poligon yang akan digunakan























 







2)    murid berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan berkaitan tugasan yang telah diberikan.

3)    murid membincangkan bentuk poligon yang sesuai untuk menghasilkan mural.


4)    merancang corak mural berdasarkan bentuk poligon yang telah dipilih.

5)    murid melakar corak yang akan dibuat.


‘Apakah bentuk – bentuk poligon yang telah anda pelajari?’














‘Apakah bentuk – bentuk poligon yang anda fikirkan sesuai bagi menghasilkan corak mural?’


‘Bagaimana kamu boleh menyesuaikan bentuk poligon yang dipilih untuk membentuk rekaan corak?’
3.   Perkembangan

Meneroka dan mencari maklumat



Membuat prototaip


1)    di dalam kumpulan, murid menentukan bilangan dan bentuk poligon yang akan digunakan untuk membuat corak mural

2)    murid membuat pilihan sama ada melukis corak/ lakaran mural pada kertas A4 atau memotong dan menampal bentuk – bentuk poligon untuk menghasilkan corak mural.

3)    murid berbincang pilihan warna dan saiz poligon




‘Berapakah bilangan setiap bentuk poligon yang kamu digunakan?’



‘Kamu boleh memilih sama ada melukis atau menggunting dan menampal bentuk-bentuk poligon untuk menghasilkan corak mural.’


FASA
CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI
4.   Tindakan

Menganalisis maklumat, merumus, mentaksir


1)    murid mempamer prototaip masing – masing untuk penilaian

2)    Murid dalam setiap kumpulan akan memberi komen dan membuat penilaian hasil kerja dari kumpulan yang lain.



3)    murid membuat penambahbaikan berdasarkan komen yang diperolehi dari kumpulan lain.

4)    Hasil karya yang terbaik akan dipilih untuk dijadikan mural dalam kelas.



‘Pamerkan rekaan kamu di papan kenyataan.’


‘Apakah komen yang boleh kamu nyatakan daripada hasil kerja kumpulan lain?’

‘Adakah kamu telah berpuashati dengan hasil kerja kumpulan kamu?’

‘Apakah pengetahuan baru yang kamu perolehi daripada komen yang telah diberikan?’
                       



LAMPIRAN A
Projek merekabentuk ‘Mural Idamanku’

            Pihak pentadbiran sekolah sedang mengadakan pertandingan keceriaan kelas bagi tahun 2012. Mural merupakan salah satu daripada kriteria yang akan diambilkira bagi pemarkahan keceriaan kelas. Kamu dikehendaki membuat satu rekabentuk mural yang bersesuaian untuk kelas kamu.
  Di akhir tugasan, kamu harus:
1)    menentukan bilangan dan bentuk poligon yang akan digunakan
2)    menyusun atur, menampal atau membuat lakaran corak pada kertas A4 (prototaip)
3)    mempamerkan prototaip untuk penilaian
Tugasan ini perlu diselesaikan dalam tempoh seminggu.

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: