www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 7, 2012

Tips menjadi Pelajar Cemerlang

0 comments

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca.
-Kita ingat 20% apa yang didengar.
-Kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat.
-Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
-Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-Pastikan cahaya adalah terang.
-Kurangkan gangguan bunyi.
-Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.
-Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.
-Kerusi dan meja menghadap kiblat.
-Jangan lupa untuk senyum.

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.


7. Mempunyai teknik membaca yang betul:

-Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul.
-Memberikan tumpuan sepanuhnya.
-Menggunakan jari telunjuk untuk membaca.
-Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

9. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

11. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: