www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, September 16, 2012

Tips Menjawab Sains PMR (Kertas 2)

0 comments
SAINS PMR (Kertas 2)
Pelajar wajib baca!!!
Praktikkan dalam menjawab kertas 2...insyallah anda akan berjaya...

  1. Pastikan tulisan anda jelas dan mudah untuk dibaca.

  2. Elakkan menggunakan singkatan perkataan.

  3. Jika pilihan jawapan disediakan, pastikan ejaan tepat sepertimana yang diberikan itu.

  4. Boleh menggunakan istilah bahasa Inggeris meski pun menjawab dalam bahasa Melayu.

  5. Teliti setiap soalan. Baca setiap soalan sebanyak dua kali.
    Kali pertama untuk mendapatkan idea/gambaran secara umum terhadap apa yang ditanya.
    Kali ke dua baca dan garis/tanda apa yang sebenarnya dikehendaki oleh soalan tersebut
    .

  6. Bagi soalan yang diperuntukkan dua markah, biasanya jawapan yang diberikan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua fakta yang benar atau kenyataan yang diberikan itu mestilah yang lengkap.

  7. Jawapan yang melibatkan eksperimen, mestilah berdasarkan eksperimen itu sendiri.

  8. Pastikan anda dapat membaca nilai pengukuran dengan tepat.

  9. Bagi tujuan penglabelan gambarajah
    - gunakan garis lurus dan mestilah berada tepat pada bahagian yang hendak dilabel itu

  10. Bagi jawapan yang berbentuk graf, pastikan betul-betul jenis graf yang dikehendaki. Samaada
    - graf /carta bar atau graf biasa (garisan)

  11. Pastikan anda menggunakan perkataan, istilah atau ayat yang tepat bagi menerangkan sesuatu perkara terutama yang melibatkan istilah-istilah khas sains

  12. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, markah diberikan berdasarkan :
    Tulis rumus - 1 markah. Pindah nilai - 1 markah & Jawapan (dgn unit yg betul) - 1 markah
  13. Bagi soalan yang berkaitan dengan pengelasan :
    - melibatkan kemahiran proses sains MEMERHATI (observasion)
    - pernyataan sifat negatif TIDAK diterima apabila mencirikan benda hidup
    - pengelasan mestilah melibatkan kesemua spesis / objek yang tersenarai

  14. Pastikan anda benar-benar memahami konsep-konsep berikut :
    - INFEREN
    Kesimpulan awal untuk menerangkan KESAN dan AKIBAT mengenai sesuatu perkara berdasarkan
    pengalaman lepas Cth: Lilin dalam balang P menyala paling lama KERANA mendapat bekalan
    udara paling banyak

    - HIPOTESIS
    Kenyataan (keterangan) yang yang difikirkan benar untuk menerangkan sesuatu perkara.
    Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua variable (atau lebih).
    Biasanya hubungan di antara manupulated dan responding variable.
    Bina hipotesis menggunakan salah satu daripada perkataan berikut : Semakin/Jika/Apabila

    - HUBUNGAN (sama seperti hipotesis)

    - DEFINASI SECARA OPERASI
    Proses memberi definasi tentang sesuatu konsep/keadaan dgn. Menyatakan perkara yang
    perlu dilakukan dan diperhatikan

    - VARIABLE (pemboleh ubah)
    Manipulated variable : Sesuatu yang kita ubahsuai dalam (dalam sesuatu eksperimen)
    Responding variable : Sesuatu yang kita jangkakan akan berubah hasil daripada perubahan
    manipulated variable tadi
    Fixed variable : Faktor yang ditetapkan bagi mengelaknya daripada mempengaruhi
    (malar) keputusan eksperimen

source:http://www.tengkuazmi.smkkandis.net

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: