www.sagadbl.com

 

Saturday, January 5, 2013

Nota Sains Tingkatan 2[Bab3 - Kepelbagaian Biologi]

2 comments
Bab 3 - Kepelbagaian Biologi (Biodiversity)

Kepelbagaian Biologi


Kepelbagai organisma di Bumi ini adalah juga dikenali sebagai kepelbagaian biologi (biodiversity or biological diversity).
Kepelbagai organisma tersebut boleh diklasifikasikan menggunakan kaedah-kaedah pengelasan (classification method) yang sesuai.
Pengkelasan (classification) organisma hidup
Satu sistem klasifikasi diperlukan bagi mengkelaskan hidupan (living things) secara teratur kerana bilangan mereka yang besar serta pelbagai jenis.
Walaupun mereka memiliki ciri-ciri umum yang biasa (common general characteristics), organisma daripada spesis yang sama masih mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh membezakan mereka daripada spesis yang lain.
Klasifikasi (classification) adalah penting untuk membolehkan kajian saintifik yang lebih mendalam dijalankan bagi peningkatan (improvement) sesuatu spesis itu.

Pengkelasan Haiwan


Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan struktur.
Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis.
Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal.
Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):
Ciri-ciri haiwan
Contoh
Hidup di dalam air
Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-obor.
Hidup di atas darat
Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa, harimau.
Hidup di dalam air dan di atas darat
Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.
Membiak dengan bertelur
Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.
Membiak dengan melahirkan anak
Ikan paus, ikan lumba-lumba, landak, tenggiling, kelawar, arnab, lembu.
Herbivor
Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput, belalang.
Karnivor
Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya, ular, katak.
Omnivor
Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.
Badan berbulu rambut
Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.
Badan berbulu pelepah
Burung, ayam, itik.
Badan bersisik
Ikan, tenggiling, cicak, ular.
Haiwan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
  1. Vertebrata (vertebrates)
  2. Invertebrata (invertebrates)

Perbezaan (differences) antara haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti berikut:
Aspek
Vertebrata
Invertebrata
Tulang belakang
Mempunyai tulang belakang.
Tidak mempunyai tulang belakang.
Sokongan badan
Sokongan utama adalah rangka dalaman (endoskeleton) yang terdiri daripada tulang.
Sokongan utama adalah exoskeleton (seperti kulit keras) dan tekanan cecair/bendalir.

Vertebrata


Vertebrata (vertebrates) boleh dibahagikan kepada lima (05) kumpulan, iaitu:
  1. Ikan (fish)
  2. Amfibia (amphibians)
  3. Reptilia (reptiles)
  4. Burung (birds)
  5. Mamalia (mammals)
Ciri-ciri vertebrata adalah seperti berikut:
Ikan
  • Hidup dalam air tawar atau laut.
  • Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins).
  • Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.
  • Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air.
  • Bernafas melalui insang (gill).
  • Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran.
  • Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
  • Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu di luar badan ikan betina.
  • Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external stimuli).
  • Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung.
  • Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.

Amfibia
  • Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.
  • Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ pernafasan tambahan kerana gas meresap dengan mudah ke dalam sel-sel badan.
  • Berdarah sejuk (poikilothermic).
  • Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
  • Persenyawaan berlaku di luar badan.
  • Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak dewasa tinggal di atas tanah dan nafas melalui paru-paru serta kulit lembap (moist skin).
  • Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang.
  • Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
  • Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.

Reptilia
  • Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin).
  • Sisik melindungi badan reptilia.
  • Bertelur.
  • Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu di dalam badan reptilia betina.
  • Berdarah sejuk (poikilothermic).
  • Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.
  • Bernafas melalui paru-paru (lungs).
  • Mempunyai satu jenis gigi sahaja.
  • Giginya tajam dan berbentuk kon.
  • Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
  • Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.

Burung
  • Tinggal di atas darat.
  • Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers).
  • Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba.
  • Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan badan. Sayap membolehkannya terbang.
  • Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin.
  • Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell).
  • Persenyawaan berlaku di dalam badan.
  • Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah mengikut suhu persekitaran.
  • Bernafas melalui paru-paru.
  • Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck) makanan.
  • Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.
  • Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa terbang.
  • Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung kakak tua, burung penguin.

Mamalia
  • Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang tinggal di dalam air.
  • Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur).
  • Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands).
  • Mempunyai cuping telinga.
  • Berdarah panas.
  • Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya.
  • Persenyawaan berlaku di dalam badan.
  • Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur.
  • Bernafas melalui paru-paru.
  • Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza.
  • Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar.
  • Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar mempunyai sepasang sayap, landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur serta mempunyai paruh seperti itik.

2 comments:

S A M said...

tak ada tentang tumbuhan ke cikgu ?

Mugesh Rao said...

thank you

ANDA PELAWAT YANG KE: