www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 27, 2013

Panduan Skor A Sains PMR

0 comments

Panduan Skor A Sains PMR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pelajar yang di hormati sekelian...



S
emua orang mahu berjaya bukan? Siapa yang tak nak berjaya dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Namun, mulut kata NAK...Tapi tiada daya usaha yang dilakukan. Bagaimana nak berjaya? Salah siapa? Guru? Ibu bapa? atau ANDA sendiri?? Cuba renungkan..

Ya..Anda perlu berkorban. Perlu daya usaha untuk terus memburu kejayaan.
                     

 Jadi, Cikgu Irwan ingin berkongsi 7 panduan SKOR A bagi subjek SAINS PMR...Boleh pakai untuk subjek lain juga...

PANDUAN 1
  • Tulis di atas sekeping kertas subjek apa yang anda mahu dapat gred A itu.
Ya..Mudah kan? Jadi tulis sekarang!! 
SAINS MESTI DAPAT GRED A

Menulis apa yang anda kehendaki mengaktifkan satu bahagian dalam minda anda yang dinamakan RAS (Reticular Activating System). Apabila bahagian minda ini aktif, anda akan mula sedar dan peka kepada peluang-peluang yang boleh mendekatkan anda kepada apa yang anda hendak capai. Ini akan meningkatkan daya usaha anda untuk mencapainya.

PANDUAN 2
  • Sediakan jadual markah. 
Sentiasa ingat berapa markah yang anda dapat dalam peperiksaan. Ini membuatkan anda sedar akan tahap di mana kedudukan anda. Jika masih di bawah 40 markah, anda perlu tingkatkan markah tersebut. Tapi kalau anda telah mendapat markah 80 ke atas,Tahniah! Cuba kekalkan dan tambah lagi markah tersebut.



PANDUAN 3


  • kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda.

 Subjek sains susah kan? dah belajar pun susah nak skor..Ini rungutan pelajar...
Tak susah sebenarnya...Cuba amalkan yang ini:
  1. Anda perlu baca...biarlah tak faham pun. yang penting BACA!! Kalau tak baca macamna nak faham...betul tak??
  2. Stelah baca cuba fahamkan proses, sistem, fungsi, nama struktur, eksperimen dan lain-lain..Jika masi tidak faham, anda perlu mencari pertolongan samada dari rakan-rakan atau pun guru.
  3. ULANG...Hanya dengan ulangan barulah anda tidak lupa...
PANDUAN4


  • Tulis nota sendiri
  •  
  •  
Cikgu akan sambung lagi nanti........insyaallah

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: