www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 15, 2013

TEKNIK BELAJAR BERKESAN [TIPS]

0 comments

15/2/2013
ASSALAMUALAIKUM W.B.T…Salam Sejahtera

Adakah anda merasakan Peperiksaan masih jauh…Masih banyak masa untuk belajar…Belajar awal2 tak guna gak, nanti lupa…

ANDA SALAH!!

Semakin anda abaikan masa untuk belajar semakin jauh anda dari kejayaan sebenarnya. Ini realiti, bukan fantasi. Semua orang kena berusaha untuk berjaya. Jangan tunggu bila dekat dengan peperiksaan baru hendak belajar. Nanti anda akan merasakan yang masa tidak cukup kerana semakin anda belajar, semakin banyak lagi yang anda belum kuasai…





 P/S: Download Slide Power Point TEKNIK BELAJAR di SINI
 
Jadi mulalah dari sekarang!! Jangan tunggu…Tetapkan target anda…kuatkan semangat anda…Namun untuk membuat ulangkaji anda perlu tahu teknik belajar yang berkesan. Cikgu akan cuba kongsikan beberapa teknik yang berkesan untuk belajar. Anda bolehlah memilih teknik belajar yang sesuai dengan anda…

Beri Fokus Yang Lebih Pada Tajuk / Bab / Subjek yang Lemah. Ini dapat menjimatkan masa anda. Elakkan hanya ulangkaji Subjek yang anda suka sahaja. Semua subjek adalah penting!!

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
·        Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
·        Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
·        Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
·        Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
·        Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
·        Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
·        Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
·        Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
·        Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
·        Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
·        Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
·        Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
·        Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
·        Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
·        Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
·        Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
·        Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
·        Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
·        Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
·        Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

        MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
                               IALAH BELAJAR WAKTU SUBUH


Teknik Belajar 5R-STUV
1.     Recopy                                  [salin semula]
2.     Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
3.     Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4.     Recheck                                [semak semula]
5.     Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1.     s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
2.     t-test your self [uji diri anda]
3.     u-use                 [gunakan]
4.     V-visualize         [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan 

         Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

       Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

          Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

          Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

        Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. 
           Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


Teknik Belajar PV3R
1.     Preview (tinjauan awal)
2.     Question (soal diri)
3.     Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
4.     Recite & write (lafaz dan tulis nota)
5.     Review (tinjauan akhir)
6.     Sumarize (ringkaskan)
7.     Test your self (uji diri anda)
8.     Use (gunakan)
9.     Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak
1.     Positive mental attitude & positive physical action.
2.     Air-clean air for the brain.
3.     Mental Challenges for the brain.
4.     Food for the brain.
5.     Exercise for the brain.
6.     Sleep for the brain.
7.     Meditation & power brain./

Amalan peningkatan daya ingatan
1.     Faham.
2.     Jarakkan/pecahkan masa belajar.
3.     Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
4.     Percaya pada diri sendiri.
5.     Ulang berkali-kali.
6.     Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
7.     Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
8.     Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

  AMALKAN SEMOGA BERJAYA

Cara Belajar Sains Yang Betul
Ramai pelajar merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.

a) Buat ulangkaji selalu.

  • jangan biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.
b) Belajar Sains setiap minggu.

  • Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jgn asyik mempelajari subjek2 lain sahaja. Siapkan kerjarumah dan latihan yg diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.
c) Cuba buat semua bentuk soalan.

  • Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.
  • Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.
d) Beli buku2 soalan tahun2 lepas.

  • Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
  • Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
  • Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.
e) Belajar secara teratur.

  • Fungsi (bg setiap struktur spt sel, organ, bahan, anda mesti tahu apa fungsinya).
  • Ciri2 (apa ciri2 proses tertentu dlm sel spt mitosis, meiosis...)
  • Di mana (fikirkan ttg di mana sesuatu proses itu berlaku, sbg contoh fotosintesis)
  • Contoh (mesti boleh memberikan contoh2 spesifik spt contoh2 asid)
  • Kesan (banyak soalan yg akan bertanya ttg kesan yg mungkin berlaku bg sesuatu proses atau kejadian. Sbg contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dlm makanan atau penggunaan teknologi dlm kehidupan)
  • Faktor (ketahui apa faktor2 yg boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian spt kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
  • Graf (kaji dan pelajari graf)
  • Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sbg contoh mengapa darah boleh membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Soalan2 begini membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan)
  • Melukis & melabel (kaji diagram atau gambar dgn teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)
  • Definisi (bila mempelajari sesuatu yg baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sbg contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)
Bila anda belajar Sains dgn cara yg betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Sains dgn lebih baik. Persiapan yg rapi akanmenambah lagi tahap penguasaan anda dlm Sains. Jadi, berusahalah dan teruslah mempelajari Sains.


Akhir Sekali, Jangan lupa berkunjung ke Blog Cikgu Irwan…

All The Best!!!!!!!
Cikgu Irwan@2013








0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: