www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 2, 2013

Teknik Menjawab Soalan 7 dan 8 [SAINS PMR]

0 comments
ASSLAMUALAIKUM...SALAM SEJAHTERA...
Dalam kesibukan dengan tugas harian, alhamdullilah...Cikgu berkesempatan kali ini untuk membincangkan Soalan Kertas 2 SAINS PMR. Cikgu akan cuba terangkan cara untuk menjawab...tips...bagi soalan 7 dan 8.
Ok...Macamana dengan study anda?? Dah banyak yang anda baca?? Faham tak apa yang dibaca tu..
Jom kita tengok bentuk atau format soalan SAINS PMR

Bahagian A ( 40 markah )

Soalan 1 hingga 6

Soalan yang menguji aras pemahaman, aras pengetahuan  dan aras aplikasi. Berikan jawapan yang ringkas dan tepat.


Bahagian B ( 20 markah )

Soalan 7 dan 8

Soalan yang menguji Kemahiran Proses Sains seperti membuat pemerhatian, menyatakan inferens, membuat hipotesis, merekod bacaan, menyatakan pembolehubah, memplot graf atau carta bar, meramal dan menyatakan definisi secara operasi.

Ya...Bahagian B hanya 20 markah je..Tapi harus diingat!! Ini yang akan membantu anda untuk SKOR A!!
Bahagian B anda perlu dapat markah penuh. Dan bahagian ini tidak susah jika anda tahu 'skill' untuk menjawab soalan tersebut.
Anda perlu tahu :
  • membuat pemerhatian
  • menyatakan inferens
  • membuat hipotesis
  • merekod bacaan
  • menyatakan pembolehubah
  • memplot graf atau carta bar
  • mengkelaskan
  • meramal
  • menyatakan definisi secara operasi.
OK..kita tengok contoh soalan.


    Contoh soalan yang biasa ditanya ialah:
    1. Menyatakan perbandingan
    Contoh soalan: Nyatakan satu perbezaan diantara......................
    Untuk menjawab soalan ini, anda mesti melihat perbezaan yang terdapat didalam rajah dan buat perbandingan.Sila nyatakan kedua-duanya.
    Contoh: Belalang dalam bekas J telah mati manakala belalang dalam bekas K masih hidup.               
    Contoh: Mentol A menyala lebih terang manakala mentol B menyala dengan malap
ayat mudah untuk jawapan perbezaan: 
.....................................................manakala.............................................................
(Situasi 1)                                                         (Situasi 2)         

    2. Menyatakan inferens
    Sebab atau Penerangan kepada pemerhatian.
    Anda wajib menggunakan perkataan kerana dan bukan lagi bergantung kepada atau mempengaruhi atau dipengaruhi.Pemerhatian kebiasaannya adalah pembolehubah yang bergerakbalas.
    Contoh: Mentol A menyala lebih terang kerana rintangannya rendah.
                  
                  (Pemerhatian/kehendak soalan).......................................................................... kerana .................................................................
                                                           (Sebab/penerangan)  

    3. Merekod bacaan
       Mengukur suatu kuantiti dari rajah dan dicatatkan di dalam jadual.
       Calon mesti mempunyai kemahiran untuk mengukur dengan memberi  jawapan yang paling tepat.
       Contoh: Record the time taken for the..................................
     
berapa bacaan ini?? Jawapan = awal:25.1  , akhir:26.1   [sila nyatakan unit yang betul]

    4. Meramal
       Meramal suatu kuantiti dan dinyatakan dalam bentuk angka, julat atau ayat.
       Contoh: Predict the time taken for the..........................
       Contoh jawapan: 10s(angka) , 5 – 15 s(julat) , lebih daripada 5s(ayat)

    5. Memplot graf atau carta bar
        Markah 1:Memindahkan titik dari jadual ke graf dengan tepat
        Markah 2:Menyambungkan titik-titik untuk membina garis hingga ke asalan(bagi graf) atau melukis bar dengan tepat

    6. Membuat hipotesis / hubungan
       Kenyataan yang menghubungkan di antara pembolehubah manipulasi(MV) dengan
       pembolehubah bergerakbalas (RV)
       Contoh: Semakin panjang wayar, semakin berkurang arus.
       Semakin.......................................,semakin...............................................
                           (MV)                                                        (RV)       
    *Untuk Hipotesis lebih baik gunakan
    JIKA.........................................[mv] MAKA...............................................[rv]

    7. Menyatakan pembolehubah
       Manipulated variable(MV) - pembolehubah yang boleh diubah-ubah seperti saiz,bentuk,bilangan, suhu dan sebagainya.
       Responding variable(RV) - hasil keputusan eksperimen yang dicatat
       Constant variable-kuantiti yang ditetapkan agar tidak mempengaruhi keputusan lain
      Peringatan: Radas tidak boleh dipertimbangkan sebagai pembolehubah.
      Contoh: Jenis radas
      Cara menulis pembolehubah:
      Mesti tulis parameter untuk setiap pembolehubah
      Contoh: panjang spring / ketebalan spring / jisim logam / saiz bahan / isipadu cecair / jenis spring
      Jika calon tulis ‘spring’ sahaja maka jawapan adalah salah.   
    Pembolehubah boleh dikenalpasti daripada jadual dan graf
    1. Dari jadual:
    2. Dari graf:
    Paksi X - Manipulated variable (MV)
    Paksi Y - Responding variable (RV)

    8. Menyatakan definisi secara operasi
    Contoh soalan: State the operational definition for rate of dissolving. / Nyatakan definisi secara operasi bagi kadar keterlarutan.
    Jawapan:
    Rate of dissolving is time taken for the salt to dissolve. / Kadar keterlarutan ialah masa yang diambil untuk garam melarut.
    Cara menjawab:
    Rate of dissolving is .................................................................................
    (Wajib tulis semula)                                       (RV)
    Jika calon tulis jawapan seperti berikut: is rate of dissolving ( jawapan calon adalah salah )
    Jika calon tidak pasti jawapan untuk RV maka langkah terakhir yang calon boleh lakukan adalah dengan merujuk kepada pembolehubah bergerakbalas (RV) pada paksi-Y dan tulis pada ruang jawapan.

Topik-topik ramalan Science Kertas 2 PMR tahun 2013
JENG...JENG...JENG...Nantikan Kemunculannya!!!

Pesanan dari cikgu:
    Jawab semua soalan dan jangan tinggal jawapan kosong kerana dalam pemeriksaan kertas Sains, skop jawapan adalah sangat meluas dan keutamaan untuk memberi markah sangat penting kepada calon. Kadang-kadang dalam soalan itu ada jawapan. Pengetahuan ketika anda menjawab kertas 1 juga dapat membantu anda menjawab kertas 2.
    Soalan 7 dan 8 sangat mudah jika calon faham teknik menjawab kerana kebiasaannya soalan bahagian ini lebih mengutamakan kemahiran terutamanya bagi soalan yang melibatkan graf atau carta bar.
    Baca soalan dengan berhati-hati dan gariskan perkataan yang penting dan fahami kehendak soalan. Insyaallah.
    Ingat!!! Jangan Stress!!!
     
    CIKGU IRWAN

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: