www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, February 3, 2014

Sistem Respirasi [SAINS TINGKATAN 3]

0 comments

Bahan Cemar Udara

 Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Asap Rokok

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
Karsinogen - agen penyebab kanser
Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh
Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan 

karbon monoksida

 
Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu. 
*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid 

sulfur dioksida


Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap. 

jerebu


Toksin
Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

toksin


Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya perlu kita ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.




Penyakit Sistem Respirasi

4 Penyakit Sistem Respirasi


Asma
Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk. 

Asma

Asma


Bronkitis
Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

Bronkitis

Bronkitis


Emfisema
Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan. 

Emfisema

Emfisema


Kanser Peparu
Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

Kanser Peparu

Kanser Peparu

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: