www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 2, 2014

Bahasa Inggeris-SIMPLE PRESENT TENSE [LESSON]

0 comments





Di dalam Bahasa Inggeris, untuk membuat ayat  bagi menceritakan perkara atau perbuatan (action) yang berlaku pada waktu sekarang atau yang sentiasa berlaku, kita menggunakan "SIMPLE PRESENT TENSE".

"SIMPLE PRESENT TENSE"  sangat biasa digunakan di dalam menulis ayat-ayat Bahasa Inggeris.

Simple Present Tense digunakan untuk menceritakan:
1) Perkara yang sentiasa / selalu berlaku.
     Contoh:
                  a) Ali drinks milk every day.
                  b) Sheila goes to school every morning.
                  c) The 4 Bijaksana students study in the class near the Science lab.

2) Perkara yang bersifat fakta umum.
     Contoh:
                  a) The sun is round and hot.
                  b) Dato' Seri Najib is the Prime Minister of Malaysia.
                  c) Malay, Indian and Chinese are the main races in Malaysia.

3) Perkara yang bersifat kenyataan.
     Contoh:
                  a) Ahmad likes to eat Nasi Goreng and drinks teh tarik.
                  b) Siti is more beautiful than her sister.
                  c) The children play in the park.


........................................

...............................................................................................

Bagi menggunakan SIMPLE PRESENT TENSE, kita menggunakan peraturan iaitu dengan menambah (-s), (-es) di hujung kata kerja asal(verb) yang ada, JIKA (subject) iaitu si pelakunya adalah singular atau satu.

Contoh:
             Ali ( adalah singular subject atau satu orang)
             Maka ayat yang sesuai adalah:
           
             Ali goes to school by bus.  (go---->goes)
             He (Ali) eats Nasi Lemak at the canteen.  (eat---->eats)

Gunakan peraturan yang sama di atas jika ayat melibatkan (He, She, It)

Contoh:
              She plays hockey on the field with her friends.
              I have a kitten. It likes to play with a ball.


Sebaliknya, jika si pelaku dalam ayat adalah banyak / ramai iaitu plural. Maka, biarkan kata kerja (verb) tersebut dalam keadaan asalnya. Jangan tambah (-s) atau (-es).

             Ali and Abu go to school by bus.    (kekalkan kata kerja)
             They (Ali and Abu) eat Nasi Lemak at the canteen.     (kekalkan kata kerja )


Contoh-contoh lain:

SINGULAR
SUBJECT
PLURAL
SUBJECT  
jumpsjump
loveslove
runsrun
criescry
knowsknow

Tetapi, terdapat beberapa kata kerja yang istimewa:

SINGULAR
SUBJECT
SINGULAR
SUBJECT     
isare
hashave
does / doesn'tdo / don't

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: