www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, March 10, 2014

Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 9 Mac 2014

0 comments
Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada ahad 9 Mac 2014. Pesawat yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 kini sudah memasuki hari kedua. Misi pencarian pesawat Boeing 777-200 (MH3700) masih diteruskan dengan bantuan beberapa negara.
MH370




Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masih lagi diteruskan pada hari ketiga berikutan gagal mengesan pesawat tersebut. Setakat ini, pihak berkuasa tidak menemui tanda MH370 termasuk serpihan pesawat mahupun sebarang kesan letupan.
Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport curi disiasat
Identiti dua penumpang MH370 yang disyaki menggunakan pasport palsu disiasat jika penumpang berkenaan ada kaitan dengan insiden kehilangan MH370.
Tiada kesan letupan MH370 di Laut China Selatan
Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.
Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.
Operasi Cari MH370 Diperhebatkan
Operasi mengesan pesawat MH370 dipergiatkan pada hari kedua dengan penglibatan lebih banyak pihak dan kawasan carian yang lebih luas serta kemunculan beberapa kemungkinan baru mengenai kehilangan pesawat itu. Operasi pada Ahad yang diketuai oleh pasukan tentera Malaysia disertai oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, melibatkan gerakan dari udara dan laut.
Usaha mengesan pesawat itu juga dipandu oleh petunjuk baru yang membayangkan ada kemungkinan besar pesawat jenis Boeing 777-200 itu cuba berpatah balik dari laluan asal Kuala Lumpur ke Beijing.
Tiada Bangkai Pesawat Ditemui
Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak mengesahkan setakat ini tiada penemuan bangkai pesawat MH370. Usaha menjejaki pesawat MH370 yang hilang itu masih giat dijalankan.
Tiada Petunjuk Pesawat MH370
Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.
Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.


Sumber: Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 9 Mac 2014 | melvister.com 





Sumber: Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 9 Mac 2014 | melvister.com 

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: