www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, March 15, 2014

PBS Sekolah Malaysia : Kerajaan Terlalu Ghairah Laksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Akhirnya Guru & Pelajar Jadi Mangsa?

0 comments
PBS Sekolah

             PBS Sekolah Malaysia : Kerajaan Terlalu Ghairah Laksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) : Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terus menjadi dilema dan masalah kepada kalangan guru melihatkan pelaksanaan PBS yang cukup carca merba dan tidak efisen. (CONTOH BANYAKNYA DI SINI)
Terbaru, selepas guru, kalangan pelajar merasai sendiri sistem dan menjadi “bahan eksperimen Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) manakala ibu bapa yang terus meletakkan harapan yang tinggi terhadap sistem Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh akhirnya mengakui telah membuat kesilapan kerajaan terllau “ghairah” dan terburu-buru melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk guru dan para pelajar.

Punca Sistem PBS Sekolah Malaysia Diperkenalkan?

  1. Datuk Seri Idris Jusoh mengakui masalah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah berpunca daripada pelaksanaan yang gagal
  2. Kerajaan dan kementerian Pendidikan malaysia (KPM) beralih kepada PBS Sekolah Malaysia kerana ramai yang merungut sistem pendidikan Malaysia terlalu berorientasikan peperiksaan
  3. Tetapi disebabkan kerajaan terburu-buru melaksanakan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), akhirnya istem PBS Sekolah ini menjadi carca merba
Kepada yang mengharapkan sistem PBS dihapuskan, perkara itu tidak sama sekali akan terjadi. Ini kerana…Datuk Seri Idris Jusoh mengatakan kalangan anda (guru-guru) golongan pendidik dan ibu bapa di negara ini yang  sebenarnya mahukan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Sekolah malaysia) ini diteruskan dan ditambaik. Setuju?
Dan dalam pada masa uyang sama, sekarang ini lebih daripada 450,000 pelajar tingkatan 3 masih lagi “tertunggu-tunggu” dek kerana sistem PBS yang tidak menntu sekarang ini.
Harapan Berita Semasa, supaya sistem PBS Sekolah Malaysia yang baru ini yang bakal dilaksanakan pada April 2014 ditangguhkan terlebih dahulu supaya melakukan kajian rintis terlebih dahulu. Kita tidak mahu “pisang berbuah dua kali”. Kita tidak mahu kalangan guru-guru dan para pelajar terus menjadi “mangsa & bahan eksperimen” supaya sistem PBS Sekolah Malaysia yang baru itu nanti tidak berlaku kesilapan lagi. Cukuplah masalah yang ada sekarang ini.

P/S : Cadangan dan respon balas disebalik sistem PBS Sekolah Malaysia kali ini dan yang akan datang?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa pilihan anda???
A-Teruskan
B-Mansuhkan jer...

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: