www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 13, 2014

Nota Sains Tingkatan 2 : BAB 8: SOKONGAN DAN PERGERAKAN

0 comments
Apa Yang Anda Akan Pelajari: 8.1: Memahami sistem sokongan pada haiwan 8.2:Memahami sistem sokongan pada tunbuhan 8.3: Menghargai sistem sokongan pada hidupan 8.1: Sistem sokongan pada haiwan Sistem sokongan pada haiwan vertebrat · Sistem sokongan pada manusia dan haiwan vertebrat darat ialah sistem rangka dalam · Sistem rangka dalam manusia terdiri daripada 206 ketul tulang · Berat badan manusia disokong terutamanya oleh lengkungan pelvis. Tulang ini adalah tulang yang paling besar dan paling kuat dalam badan. · Fungsi sistem rangka dalam manusia ialah: (a) Menyokong berat badan (b) Memberi dan mengekalkan bentuk badan (c) Menghasilkan sel – sel darah (d) Melindungi organ lembut dalam badan seperti jantung dan ginjal (e) Asas bagi pautan otot, misalnya otot biseps berpaut pada tulang humerus melalui tendon. Sistem sokongan pada haiwan vertebrat daratan · Vertebrat daratan juga disokong oleh sistem rangka dalam. · Sistem rangka dalam vertebrat daratan: (a) Memberi bentuk kepada vertebrat (b) Menyokong berat badan vertebrat (c) Melindungi tisu lembut dan organ badan · Berat badan vertebrat daratan disokong terutamanya oleh lengkungan pektoral (bahu) dan lengkungan pelvis (punggung). Sistem sokongan pada haiwan vertebrat akuatik · Berat badan haiwan vertebrat akuatik disokong oleh daya ampungan air. · Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvisnya sangat kecil dan lemah berbanding dengan haiwan vertebrat daratan · Vertebrat akuatik seperti ikan paus boleh membesar sehingga saiz yang sangat besar. Ini kerana vertebrat akuatik tidak perlu menyokong berat badannya. · Ikan paus biru akan mati jika terkandas di pantai. Hal ini adalah kerana sistem rangkanya tidak dapat menyokong berat badannya yang besar. Di darat, berat badannya akan menekan ke atas organ – organ di dalam badannya. Sistem sokongan pada haiwan invertebrat daratan Haiwan invertebrat daratan yang tidak mempunyai tulang belakang disokong oleh: (a) Rangka luar yang keras (b) Rangka hidrostatik (bendalir dalam badan) Rangka luar · Sesetengah invertebrat mempunyai struktur luar yang keras untuk (a) Mengekalkan bentuk badan (b) Menyokong badan (c) Melindungi organ – organ dalaman (d) Membantu dalam pergerakan · Struktur luar yang keras ini disebut rangka luar · Rangka luar terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin atau kutikel. · Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air dan menjadikannya kelihatan berkilat. Rangka hidrostatik · Invertebrat yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberi bentuk dan menyokong badannya. · Bendalir badan memberi tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik. · Funsi rangka hidrostatik: (a) Memberi sokongan (b) Mengekalkan bentuk badan (c) Membantu pergerakan Sistem sokongan pada haiwan invertebrat akuatik · Haiwan invertebrat akautik disokong oleh daya ampungan air. · Haiwan invertebrat ini juga disokong oleh (a) Rangka luar – sangat keras kerana mempunyai kalsium (b) Rangka hidrostatik 8.2: Sistem sokongan pada tumbuhan Sistem sokongan pada tumbuhan dapat dikelaskan kepada: (a) Sistem sokongan pada tumbuhan daratan (b) Sistem sokongan pada tumbuhan akuatik Sistem sokongan pada tumbuhan darata. · Terdapat dua jenis sistem sokongan pada tumbuhan daratan: (a) Sistem sokongan pada tumbuhan berkayu (b) Sistem sokongan pada tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba) · Tumbuhan berkayu di sokong oleh tisu – tisu berkayu. Tisu – tisu berkayu ini adalah keras dan memberi bentuk dan kekuatan kepada batang untuk membolehkannya berdiri tegak sekaligus mendapatkan cahaya matahari. · Tumbuhan berkayu juga disokong oleh struktur khas seperti duri, akar banir, atau akar cengkam. · Struktur khas memberi sokongan tambahan kepada tumbuhan. (i) Tumbuhan seperti rotan, pokok ros dan pokok bunga kertas menggunakan cangkuk atau duri untuk memanjat dan mendapatkan sokongan pada pokok lain. (ii) Tumbuhan seperti pokok ru dan meranti mempunyai akar banir untuk mendapat sokongan tambahan (iii) Tumbuhan seperti pokok duit – duit, orkid, lada hitam dan sireh mempunyai akar cengkam untuk memanjat pada tumbuhan lain untuk mendapatkan sokongan dan cahaya matahari (iv) Tumbuhan seperti pokok bakau mempunyai akar sokongan yang tumbuh ke dalam kawasan lumpur. Tumbuhan berkayu yang disokong oleh tisu berkayu Tumbuhan berkayu yang disokong oleh struktur sokongan khas Akar sokongan pokok bakau · Terdapat dua jenis sokongan pada tumbuhan herba iaitu: (a) Tekanan segah (b) Struktur khas seperti akar sokong dan salur paut. Tekanan segah · Tumbuhan herba seperti pokok keembung dan pokok sawi disokong melalui tekana segah · Air di dalam sel menekan ke atas dinding sel lalu menyebabkan batang pokok menjadi keras dan tegak. · Tumbuhan herba akan layu jika kekurangan air. Tumbuhan herba yang disokong oleh tekanan segah Struktur khas · Tumbuhan seperti pokok jagung dan pokok tebu mempunyai akar sokong untuk memberi sokongan tambahan pada tumbuhan · Tumbuhan seperti pokok peria dan pokok timun mempunyai salur paut untuk melilit pada batang pokok lain untuk membantunya memanjat ke atas. · Tumbuhan seperti bunga seri pagi dan kacang panjang mempunyai batang berlilit (batang lembut) untuk melilit pada objek lain untuk mendapatkan sokongan. Tumbuhan herba yang mempunyai akar sokong untuk sokongan dan salur paut untuk memanjat Sitem sokongan pada tumbuhan akautik · Air memberi sokongan kepada tumbuhan akuatik seperti pokok terantai, Hidrila, lembayung dan kiambang. · Tumbuhan akuatik mempunyai banyak ruang udara dalam daun dan batang. Keadaan ini menjadikannya ringan dan mudah terapung atau terampai di dalam air. Tumbuhan akautik yang disokong oleh daya ampungan air 8.3: kepentingan sistem sokongan pada hidupan · Semua hidupan mempunyai sistem sokongan yang tersendiri untuk mendapatkan sokongan. Sebagai contoh: (a) Ikan paus terkadas di pantai tidak berupaya untuk bergerak balik ke laut kerana kehilangan sokongan daripada air. Ikan paus ini akhirnya mati kerana tiada air untuk memberi sokongan dan menyebabkan berat badannya yang besar menekan menekan ke atas organ – organ badan dan merosakkannya. (b) Orang tempang terpaksa menggunakan tongkat ketiak untuk membantunya bergerak.

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: