www.sagadbl.com

 

PROMOSI HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 26, 2015

NOTA SAINS TINGKATAN 1 [Konsep Ketumpatan]

0 comments
Ketumpatan (density) sesuatu bahan adalah jisim (mass) per unit isipadu (volume) bahan tersebut. Persamaannya adalah:
Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kg-3 
Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:
  • Jisim
    Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.
  • Isipadu
    Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya.
Jadual berikut menunjukkan ketumpatan pelbagai jenis bahan-bahan:

Keapungan (buoyancy) jirim adalah merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau tenggelam dalam jirim lain.
Keapungan sesuatu jasad (bodies) adalah bergantung kepada ketumpatannya.
Pepejal (solid) yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair (liquid) akan terapung pada permukaan cecair tersebut.
Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan tenggelam di dalam cecair tersebut.
Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua jasad :
  • Jika gabus terapung di atas permukaan air, maka gabus adalah kurang tumpat daripada air.
  • Jika zink tenggelam di dalam air, maka zink adalah lebih tumpat daripada air.

Rajah 1 : Perbandingan ketumpatan antara dua pepejal
Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua cecair yang tidak bercampur :
  • Jika petrol terapung di atas air, maka petrol adalah kurang tumpat daripada air.
  • Jika merkuri tenggelam di dalam air, maka merkuri adalah lebih tumpat daripada air.

Rajah 2 : Perbandingan ketumpatan antara tiga cecair

0 comments:

ANDA PELAWAT YANG KE: